Click here for Myspace Layouts

ALAM CIPTAAN TUHAN

ALAM CIPTAAN TUHAN

ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT DATANG. SALAM PERSAUDARAAN.

SALAM PERSAUDARAAN BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.

KITA HADIR KE BLOG INI KERANA ALLAH DAN KITA TINGGALKANNYA NANTI KERANA ALLAH.AMIN.

Wednesday, December 1, 2010

BINCANGKAN POLITIK DAN PEMERINTAHAN NEGARA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PENDAHULUAN


Sesebuah negara boleh dikatakan sebagai negara Islam apabila rakyat negara itu mengamalkan ajaran Islam dan melaksanakan semua tuntutan Islam tanpa berbelah bagi. Pemerintah dan rakyat negara Islam hendaklah menjatuhkan hukuman berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. serta berlaku adil dalam setiap perkara tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan. Oleh itu, negara Islam haruslah mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam. Terdapat tiga ciri penting dalam menegakkan negara Islam. Ciri-ciri tersebut ialah syariat Islam yang mesti dipatuhi, rakyat yang melaksanakan syariat Islam tersebut dan pemerintah Islam yang menaunginya.

Dalam membincangkan tajuk Politik dan Pemerintahan Negara Menurut Perspektif Islam, kita akan cuba memahami definisi politik dan pemerintahan terlebih dahulu. Seterusnya kita akan membincangkannya mengikut tajuk-tajuk kecil seperti Pengertian Politik Menurut Islam, Sumber-sumber Pemerintahan Islam, Asas-asas Pemerintahan Islam, Prinsip-prinsip Pemerintahan Islam dan Demokrasi Dari Sudut Pandangan Islam.


DEFINISI POLITIK

“Politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk ‘ilmu politik’.”[1]

Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu siasah (berasal daripada bahasa Arab) atau ilmu kenegaraan. Politik Islam dikenali sebagai siasah syar’iyyah yang membawa maksud mengurusi atau mengatur perkara mengikut syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Jadi, siasah (politik) tersebut bermaksud pengurusan dan pentadbiran orang yang diurus. Lalu, kata tersebut digunakan dalam pengurusan urusan-urusan manusia. Pihak yang melaksanakan urusan-urusan manusia tersebut dinamakan ahli politik (siasiyun).

Dalam bahasa Arab, politik disebut Al-siasah yang bermaksud menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Al-siasah atau politik dari sudut istilah pula mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertiannya ialah mentadbir urusan negara. Politik merupakan satu ilmu atau kemahiran untuk memerintah negara.

Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk “ilmu politik”. Politik juga dikatakan sebagai kemahiran kerana dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga pada pelaksanaan sebenar kekuasaan atau kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperoleh melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal yang tertentu.[2]

Pemimpin pula disebut sebagai ulil amri yang bertindak sebagai pengurus, pengatur dan penjaga kepada rakyatnya. Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan. Sistem politik terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan.




[1] Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Sistem Politik Islam, Telaga Biru Sendirian Berhad, 2008.ms 2

[2] Ibid. ms 2



PENGERTIAN POLITIK MENURUT ISLAM

Rasulullah s.a.w menggunakan kata politik (siasah) dalam sabdanya yang bermaksud:

“Adalah Bani Ismail, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah,

(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)[1]

Dari sudut pandangan Islam, politik ialah menjaga urusan umat di dalam dan di luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Siasah syar’iyyah tidak hanya terhad kepada apa yang disebut oleh syarak, tetapi disyaratkan agar tidak menyalahi teks al-Quran, sunah, ijmak dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-dasar amnya. Ini bermakna sesiapa yang menyatakan bahawa politik ialah apa yang disebut oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan bertentangan dengan pandangan Islam.

Kita perlu membina dan menambah undang-undang yang sesuai dengan zaman kita. Namun begitu, perlu diingatkan agar kita tidak mencipta undang-undang yang bertentangan dengan syariat Islam.

Allah s.w.t berfirman :




[1] Ibid. ms viii



Maksudnya:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

( Surah al-Ahzab: Ayat 36 )[1]

Oleh itu, Perlembagaan negara Islam mesti menyatakan bahawa mana-mana undang-undang pentadbiran terbatal apabila ia bertentangan dengan mana-mana teks syariat.[2]

PEMERINTAHAN ISLAM

Dalam pemerintahan Islam, tujuan dan matlamat yang dicari adalah untuk menegakkan kebenaran antara rakyat dengan pihak pemimpin dan antara rakyat sesama rakyat hatta antara umat Islam dengan yang bukan Islam. Pada asasnya, seorang pemimpin itu hendaklah memainkan peranan penting dalam mendukung keadilan. Dengan itu orang awam akan menikmati hidup selesa di bawah payung kebenaran yang betul menepati teori dan amalan Islam.[3]

Ulil Amri ialah pemimpin tertinggi negara yang diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk mentadbir negara dengan adil dan saksama. Kuasa yang dimiliki oleh pemerintah merupakan satu amanah daripada Allah s.w.t yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya mengikut prinsip-prinsip pemerintahan Islam yang bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak serta Ijtihad. Pemimpin dalam pemerintahan Islam perlu mengetahui, memahami dan mengamalkan segala dasar ajaran Islam pada setiap masa dan tempat.

Kepimpinan (leadership) Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh ideal dan praktikal semestinya diikuti oleh umat manusia. Kerana Nabi Muhammad s.a.w. adalah diutuskan untuk membimbing seluruh manusia, wilayah kepimpinann baginda meliputi alam sejagat seluruh dunia tidak dibatasi oleh sempadan “geography” atau sempadan peta, serta tidak pula dikhusus oleh satu-satu bangsa, kebangsaan dan Negara. Dengan demikian kepimpinan Rasulullah s.s.w. itu sifatnya sejagat. Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. ialah untuk seluruh umat manusia dan makhluk selain daripada manusia yang mempunyai tanggungjawab kerohanian dan berlaku untuk seluruh alam sejagat.[4]

SUMBER-SUMBER PEMERINTAHAN ISLAM

Negara dan kerajaan ialah dua elemen pemerintahan yang berbeza tetapi saling bantu membantu antara satu sama lain. Tanpa satu daripadanya maka tidak akan wujudlah sebuah negara atau kerajaan. Terdapat berbagai sistem pemerintahan negara selain Islam iaitu sistem pemerintahan Barat atau demokrasi, Sistem pemerintahan Timur yang berasaskan kepada falsafah Mark dan Sistem pemerintahan diktator yang terletak di bawah kuasa individu tanpa apa-apa pengawasan ke atasnya. Namun sistem politik Islam sangat berbeza dengan semua itu. Sistem politik Islam mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berasaskan dasar-dasar yang bijaksana dan kaedah-kaedah yang teliti bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah dan Al-Ijmak’ serta Ijtihad.

Mana-mana agensi manusia yang dibentuk untuk menguatkuasakan suatu sistem politik di sebuah negara Islam, tidak akan mempunyai kekuasaan atau kedaulatan sebenar, samada dalam pengertian undang-undang atau politik. Ini disebabkan agensi manusia sedemikian tidak mempunyai kedaulatan de jure dan kuasa mereka terhad dan dibatasi oleh undang-undang tertinggi, iaitu al-Quran dan sunnah yang tidak boleh diubah atau dihalang daripada dikuatkuasakan.[5]

Al-Quran

Sumber utama dalam pemerintahan Islam ialah Kitab Allah s.w.t iaitu al-Quran al-Karim. Namun begitu al-Quran hanyalah menyatakan dasar-dasar tetap dan kaedah-kaedah umum tentang urusan-urusan negara.

Firman Allah s.w.t




[1] http://quran.com/5

[2] Minhaj al-Islam fi al-Hukm, ms. 75

[3] Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil Amri di Malaysia, Institut kefahaman Islam Malaysia, ms xiv

[4] Mohd Afandi Hassan, Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dabn Amalan Islam, Institut Tadbiran Awam Negara, 1992.ms 101

[5] Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil amri di Malaysia,Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2004.ms105

[1] Abdul Monir Yaacob, Suzalie Mohamad, Konsep dan peranan Ulil amri di Malaysia,Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2004.ms105

[1] http://quran.com/5



Maksudnya:

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.”

( Surah al-Ma’idah: 49)[1]

Firman-Nya juga:




[1] http://quran.com/5



Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.”

( Surah al-Nisa’:105)

Al-Quran tidak membincangkan secara terperinci semua cabang pemerintahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah sesebuah negara untuk menyusun dan menentukan segala dasar-dasar dan kaedah-kaedah terperinci mengenai pemerintahan negaranya mengikut kesesuaian semasa. Ini adalah untuk memberi peluang setiap umat menyesuaikan perincian dasar dan kaedah pemerintahan mengikut keadaan dan keperluan serta masalah masyarakat dan negara masing-masing berlandaskan dasar-dasar tetap dan kaedah-kaedah umum yang ditentukan oleh al-Quran. Kerajaan yang adil yang ditetapkan melalui dasar-dasar al-Quran, tidak akan membezakan antara rakyatnya.

Firman Allah s.w.t yang menegaskan tentang keadilan antara lain ialah:



Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

(Surah al-Nisa’:58)

Hukum dalam Islam adalah hak Allah s.w.t sahaja yang tiada kompromi.

Firman Allah s.w.t.:



Maksudnya:

Katakanlah: "Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan".

( Surah al An’am:57 )

Dalam membuat undang-undang dan mengatur perundangan, pemimpin juga wajib berpandu kepada al-Quran. Perkara atau apa sahaja yang halal ialah apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Sementara apa yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Tidak ada sesiapapun boleh menukar atau memindanya dengan sebarang peraturan yang tidak diizinkan oleh Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t.:



Maksudnya:

“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

( Surah al-Syura:21 )





Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah turunkan kepadamu Kitab dengan membawa kebenaran, supaya kamu dapat menghukum antara manusia dengan apa yang Allah wahyukan kepadamu.”

( Surah al-Nisa’:105 )

Firman Allah s.w.t.:



Maksudnya:

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.”

( Surah al-Ma’idah: 49 )

Dalam undang-undang jenayah, al-Quran tidak menentukan hukuman yang tertentu kecuali kepada lima jenis orang yang melakukan kesalahan, iaitu orang yang memerangi Allah dan rasulNya serta melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, orang yang membunuh tanpa hak, orang yang menuduh wanita-wanita yang suci dan baik sebagai penzina sama ada lelaki ataupun perempuan dan pencuri sama ada lelaki ataupun perempuan. Kesalahan-kesalahan lain diserahkan kepada pemimpin untuk menentukan hukumannya sesuai dengan persekitaran, menakutkan pesalah, memberi pengajaran kepada orang lain serta sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.

Berkenaan dengan undang-undang muamalat pula, al-Quran menghalalkan jual beli, gadaian dan sewaan asalkan semua pihak yang terlibat saling reda-meredai. Al-Quran juga telah menyatakan tentang larangan muamalat yang boleh membawa kepada pergaduhan, persengketaan dan kebencian seperti riba dan judi. Bagaimanapun perincian tentang undang-undang muamalat ini menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menentukannya agar ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

Firman Allah s.w.t.:



Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”

( Surah al:Nisa’:29 )

Al-Sunnah ( Hadis syarif dan sirah Nabi )

Sumber kedua dalam pemerintahan Islam ialah Al-Sunnah. Di dalam al-Quran telah dinyatakan dengan jelas di dalam beberapa ayat.

Firman Allah s.w.t.;



Maksudnya:

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”

( Surah al-Nisa’: 65 )

Firman-Nya juga:

1 comment:

  1. Tipu sama seperti sikap- Ringkas sebutannya tapi kesannya besar;
    Tipu-
    Feb 2010--16 Ogos 2011.
    Sikap-
    terajidi malang..kesannya?

    ReplyDelete