Click here for Myspace Layouts

ALAM CIPTAAN TUHAN

ALAM CIPTAAN TUHAN

ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT DATANG. SALAM PERSAUDARAAN.

SALAM PERSAUDARAAN BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.

KITA HADIR KE BLOG INI KERANA ALLAH DAN KITA TINGGALKANNYA NANTI KERANA ALLAH.AMIN.

Thursday, January 7, 2010

KESAN RUMAH HIJAU


Apakah itu kesan rumah hijau?
Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global. Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat. Dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.
Pencemaran dengan terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau. Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya suhu bumi semakin panas.
Proses Kesan Rumah Hijau.
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Secara amnya, di dalam atmosfera sesuatu ruang tertutup, komposisi gas ini tidak akan melebihi 0.03%. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.(Wikipedia.org)Sumber:hidden-technology.org
Kesan Rumah Hijau:
Menyebab berlakunya pemanasan global.

Kawasan yang mengalami pencemaran yang teruk akan lebih mengalami suhu yang lebih panas.

Pemanasan global akibat kesan rumah hijau akan menganggu iklim dunia akibat suhu yang tidak menentu.
Flora dan fauna juga turut diganggu aturan atau kitaran hidupnya seperti bunga di kawasan sejuk berbunga lebih cepat dari kebiasaan dan sebagainya
Kenaikan suhu dunia akan mencairkan ais terutamanya di Artik.Walaupun mengambil masa, kesannya pastilah buruk kerana pencairan ais ini akan menyebabkan kenaikan paras air laut yang mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di seluruh dunia. Dijangka ais di Artik akan cair kesemuanya pada tahun 2099(wikipedia)

Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau
Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai gas antaranya sulfur dan oksida.

Faktor manusia iaitu melakukan pencemaran dan membebaskan pelbagai gas seperti karbon dioksida,karbon monoksida,nitrogen oksida,CFC,halon dan sebagainya.
Gas-gas inilah yang membentuk satu layer atau lapisan yang menghalang pembalikan sinaran ultraunggu matahari secara semula jadi.
Lapisan ini juga akan menyebabkan gas yang lain turut berkumpul di lapisan ini.

1.Membebaskan gas berbahaya daripada kilang,kereta dan sebagainya.(pencemaran udara)
2.Menggunakan alatan yang membebaskan CFC .
3.Penggunaan racun serangga serta baja kimia turut membebaskan gas kesan rumah hijau.
4.Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbang pencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau.

RUJUKAN: http://geogmalaysia.blogspot.com/2008/06/kesan-rumah-hijau.html

Sunday, January 3, 2010

KEPENTINGAN GEOGRAFI DALAM KURIKULUM PENGAJIAN SOSIAL.

Geografi merupakan satu subjek yang amat penting untuk dipelajari oleh semua individu. Hal ini demikian kerana subjek ini memberikan pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.
Dalam aspek Pengajian Sosial, kemahiran geografi, geografi fizikal dan manusia dan kajian geografi membolehkan setiap individu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kehidupan seharian.
Selain itu, antara kepentingan geografi dalam kurikulum pengajian sosial adalah untuk melengkapkan diri setiap individu dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Subjek geografi juga menyediakan diri setiap individu untuk menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat.
Kandungan subjek geografi amat relevan dan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan bidang Pengajian Sosial dalam aspek kehidupan manusia. Geografi juga penting untuk memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur, kesederhanaan, bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam sekitar.
Pemahaman setiap individu tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global.
Kesimpulannya, geografi merupakan sebahagian daripada unsur-unsur yang terkandung di dalam Pengajian Sosial dan mempunyai kepentingan yang amat berkaitan dalam meningkatkan kualiti kehidupan manusia bermasyarakat.