Click here for Myspace Layouts

ALAM CIPTAAN TUHAN

ALAM CIPTAAN TUHAN

ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT DATANG. SALAM PERSAUDARAAN.

SALAM PERSAUDARAAN BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.

KITA HADIR KE BLOG INI KERANA ALLAH DAN KITA TINGGALKANNYA NANTI KERANA ALLAH.AMIN.

Wednesday, December 30, 2009

ASSALAMUALAIKUM. APA KHABAR SEMUA? SIBUK BUAT TUGASAN SEKOLAH ATAU BUAT ASSIGNMENT?

Apa khabar rakan-rakan PGSR? Bagaimana laman Blog masing-masing, dah aktif ke atau masih tak menjadi? Kalau belum berjaya usaha lagi, ikut je arahan-arahan yang di beri. Mulai sekarang akak guna blog ini untuk apa-apa berkenaan PGSR ye. Blog hjhruhayah tu tetap aktif tapi untuk perkara lain.
Akak dah 3 hari ni start bertugas, Isnin meeting Guru, Selasa meeting Ko Kurikulum dan HEM, hari ini meeting Akademik, Head Count dan Kaunseling.....aduh banyaknya meeting.....ngalahkan pak menteri.....kalau Pak Din ( Muhyidin Yasin) tau cikgu sibuk macam ni....sah-sah habis segulung tissue dia lap air mata terharu....hu...hu....huaa.
Esok start transisi Tahun Satu Pulak......hua.....hua....hua.....bila nak cuti ni.....anak-anak bujang dah nampak boring dan memberontak.....apa nak buat??????? Moga Tuhan beri kesabaran.....
Di sini akak teragak nak kongsi gambar akak ambil pagi tadi. Konon nak jaga hati suami....keluarlah pagi-pagi untuk bersarapan di luar sebelum ke sekolah......laaaa semua kedai makan di Sunway Semenyih tutup lak. Ke Desa Mewah di sebelah....ada Restoran mamak Sayang Maju je buka. Beli nasi lemak di gerai dan minum di Restoran Sayang Maju. Habis minum salam anak dan suami terus start kereta menuju ke sekolah.....Mak ai... baru lepas pos pengawal dah jem....perut semacam lak dah makan nasi lemak tadi.....teringat nak ambil gambar untuk assignment Geografi En Hamid...jalan jem...hulur tangan keluar...ambil gambar lah...... inilah gambar-gambarnya. Ahli kumpulan akak Safarid dan Sarjana.....apa kata....? Ok ke kita buat tajuk yang dah bincang ari tu......tapi akak nampak di persimpangan keluar tu macam ada kerja perluasan jalan lah.....kajian kita baru nak rangka....orang dah luaskan jalan.....macammana nih.....?

30 Desember 2009, Jam 8.22 minit pagi di jalan keluar dari Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah, Semenyih menuju ke Jalan Persekutuan iaitu Jalan lama Kajang Seremban
30 Desember 2009, jam 8.23pagi di jalan keluar dari Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah, Semenyih menuju ke Jalan Persekutuan iaitu jalan lama Seremban Kajang.


Gerai di tepi jalan keluar dari Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah. Antara punca kesesakan jalan, bila ada kenderaan yang berhenti untuk membeli makanan.

30 Desember 2009, jam 8.18 pagi di jalan keluar dari Taman Desa Mewah Semenyih menuju ke Jalan keluar ke Jalan Persekutuan.




Lihat di dalam cermin tu, di belakang tu masih panjang barisan kenderaan..... jalan jem, saya sempat ambil gambar sambil, memandu....








20Desember 2009, jam 9.49 pagi di Pekan Semenyih....sesak

20Desember 2009, jam 9.43 pagi, berhampiran padang awam Semenyih. Sesak...







Thursday, December 24, 2009

BLOG KHAS PGSR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKAN PGSR. INI BLOG KHAS SAYA UNTUK AKTIVITI PGSR. TERIMA KASIH.

Wednesday, December 23, 2009

ASSALAMUALAIKUM

INI HANYA CUBAAN UNTUK MEMASTKAN MASA UPLOAD PADA BLOG INI SAMA DENGAN WAKTU SEMASA. tapi nampaknya macam tak boleh nak diubah....kalau ubah jadi lambat publish pulak...